Thursday, 28 February 2013

Berani 2013

Assalamualaikum. Salam kekayaan.

2013 sudah melewati 2 bulan dan esok masuk bulan 3 .

2 bulan berlalu dengan pelbagai rencana dan ragam hidup di sebalik debaran penantian pengumuman pembubaran Parlimen Malaysia.

Apa berlaku sekalipun tidak akan mempengaruhi pergerakan harga emas dunia yang dilihat turun mendadak ironi dengan jangkaan harga akan meningkat selepas Tahun Baru Cina .

Harga emas relatif dengan pasaran saham. Kenapa harga emas turun? Kerana pasaran saham seluruh dunia mencatat peningkatan dan pelabur melepaskan aset komoditi untuk melabur dalam pasaran saham. Hanya pasaran saham Malaysia dilihat tidak menentu akibat khabar angin pembubaran Parlimen dan pelabur menjauhi pasaran Bursa Malaysia.

Apapun situasinya, emas tetap dipercayai sebagai aset yang sangat bernilai dan kalis inflasi serta momentum kenaikan berterusan dalam jangka panjang.